Tuesday, June 23, 2009

SAYANG BINI DITINGGAL-TINGGALKAN...





WAAAA... ptg tadi kul 4.30 Baba dah slamat sampai kat Kota Baru... ada seminar warden di River View (betul le Ba?) means 4 ari ni jd ibu n ayah la skali.... bab lain sebenarnya under control... tp bab memikul tugas Baba jd supir kepada anak-anak ke Pasti ni yg leceh sket... sekolah tpt mengajar agak jauh dlm 25 km, so slalunya kuar umah kui 6.50 am sampai sek dlm kui 7.15 am... bila kena melencong antar anak g Pasti diorg, slalunya mesti sampai lewat ke sek... hu hu tak best la kalu slalu mcm ni... (ju di kalangn yg mai awai tau!) kalu dulu masuk sek kena punch card, ada jg yg offer nak tolong punch kan... (tp tak penah wat tau...) tp skang ni sek dah tukar guna thumb print! wa wa mcmana nak suh org lain tolong? kalu ibu jari ni jenis boleh tanggal n lekat blk mcm gigi palsu tu bleh la kan....(mengarut la plak....)

hmmm... apa pun semua ni cabaran dlm menguruskan rumahtangga... kena ada tolak ansur n bantu membantu... hemmmm Baba siap la plak Ibu nak g induksi sok2.... 2 mg wei....
lebih kurg cenggini la mesin thumb print yg ada kt sek tu...
hampes punya mesin!! (mesin plak yg disalahkan...)

Saturday, June 20, 2009

PANTANG LARANG WANITA HAMIL




Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Dr bacaan ju byk lg versi pantang larang ni, ju copykan sket je. agak2 nya apalah batu ukur org dulu buat sumer pantang larang ni yek? berdasarkan pengalaman? atau apa? Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.




Thursday, June 18, 2009

BUSY BUSY BUSY

WAH... dekat seminggu dah tak wat n3 baru... sebabnya kebizian melanda... start sekolah, terus dpt panggilan meeting.... seblm meeting kena prepare apa yg patut... oleh kerana meetg melibatkan software n ict ni, penin2 la pala sikit walaupun namanya 'che gu IT'.... bukan penin apa... tp penin mengenangkan laptop kera-jaan yg melambak kt sek tp xde sapa nak jaga n wat maintainance... last2 bila nak digunakan... mcm2 problem la muncul.... yg dah jg tukun menternak virus pun byk...

tp apa pun semuanya masih dlm kawalan... hopefully la....

Saturday, June 13, 2009

che gu Junaidah ( mcm pernah ku dengar nama ini......)

PART I
Che’gu Junaidah sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Junaidah akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Junaidah asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Junaidah menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che’gu Junaidah, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II
Waktu sekolah telah tamat, sebelum keluar kelas, Che’gu Junaidah telah bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Junaidah pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III
Che’gu Junaidah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV
Seperti biasa, Che’gu Junaidah nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Junaidah mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

PART V
Che’gu Junaidah: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu.
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che’gu Junaidah: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

saja nak share lawak che'gu Junaidah ni ngan kawan2....dicedok dr blog Baba. He he.... Jgn mare baba... nanti uban cepat tumbuh.....

PISANG Vs WANITA



Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum air masak sebaik sahaja bangun dari tidur.


Kos perubatan yang dapatdijimatkan:
Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun= RM 4320.00 saja.

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 . cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan kesihatan kita.
Begitu hebatnya sebiji PISANG. lepas ni jgn ada yg pandang rendah pd buah yg satu ni....
untuk info lanjut sila baca kat sini.

sedap plak nampak pisang ni ek....

Wednesday, June 10, 2009

ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT..

apa kao buat ke adik kao tu......? sian adik dia...

PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.



Tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.



Antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.



renung2 kan lah... bagaimana kita menangani anak2 hari ini? adakah jalan yg paling ideal atau sebaliknya...

Tuesday, June 9, 2009

LAUK ORG PANTANG

Skang ni ju dlm proses memantangkan diri... so ari2 mkn sawi goreng, ikan bilis goreng, ikan kering n lada itam je.... cukup dah seminggu pantang, naik bosan dah ngan lauk tuh.... walau pun sesekali cari la ikan gelama or ikan merah wat sup...mengikut mak ju... biar pantang sampai 44 ari walaupun bukan bersalin.... Hmmmm ikut je la kan... tak pantang, sok2 dah berusia mula la sakit sana sini, kebas sana sini... sapa yg nak disalahkan?

Sunday, June 7, 2009

10 PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBAT

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Artikel dari http://www.istimewa2u.blogspot.com/

Rasa-rasanya byk petua ni dah jd amalan harian... tapi bdn still mcm pelanpung juga .... kenapa ye?

Tuesday, June 2, 2009

MASIH DIBERI PELUANG BERNAFAS DI MUKA BUMI INI.

Jumaat lepas ju diterperanjatkan oleh doctor... perlu masuk wad segera or else nyawa dlm bahaya...



Memang terkejut juga sebab ingatkan small case aje rupanya dah melarat jd ectopic pregnancy (mengandung luar rahim) plak... so, ari sabtu pergilah admited wad Hospital Tengku F*. sebab emergency case, depa terus perform laparoscopic on that day jg... sebelum ni pernah juga masuk wad... tp utk besalin le.... bila time doctor start nak bius, suh mengucap semua, br perasan kalaulah time operate tu ada komplikasi ke, tak bgn2 ke.... innalillah lah jawabnya.....


Tapi nyawa masih ada lg, bleh la berblog pagi ni..... lg pun boring gak lepak je nak blk kg pun tak berani nak travel jauh2 takut terburai plak perut ni.....
kes ni plak special sket sb, memula doc kt abortion, last2 ectopic plak... ju kompius jg memula tu... rupanya memang ada 2 embrio.... satu dlm rahim tp gugur, satu lg dlm tiup falopian....
so sekarang ni tengah dlm proses memantangkan diri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin