Saturday, September 18, 2010

BESDAY ABANG SYAUQI

exited sangat suh beli kek, tapi tak makan pun....

possing dulu sebelum potong kek....

besday abang ni jatuh bulan posa... 26 ogos aritu... pas minum2 n mkn kuih kt umah kami pun g la KFC Kangar utk celebrate.... bw kek sebiji....
abang syauqi dah masuk 4 thn, moga2 abang jd anak yang soleh n mendengar kata....
amin.............

Saturday, August 14, 2010

AHLAN RAMADHAN KARIM

RAMADHAN muncul lg.... taun ni nak ajar kakak iman posa.... tp ari ni dah masuk hari ke 4, tak dpt jg tercapai niat tu.... kakak mudah sgt tergoda ngan adik or kwn2 dia yg tak posa.... dpt la takat sekerat hari..... mcm2 tips jugak dah cuba, offer duit, ugut takmo beli kasut raya kalu tak posa, mkn sahur sampai kui 6.30 pun pernah.... ralitkan dia dgn memde2 lain yg dia suka (computer games), tak dpt jg dia posa penuh.... kakak iman, br nak masuk 6 thn....

Sunday, July 11, 2010

GERUT SWEET SOUR



LUNCH ari ni babanya teringin nak ubah menu. selalu kalu beli ikan gerut/siakap kami bakar je, cicah ngan air asam.... mkn ngan ulam-ulaman. ari ni dia kata teringin plak nak mkn sweet sour.... resepi ni ikut yg terlintas kt kepala je, dah nama pun sweet n sour so kena la ada rasa masam n manis.... so inilah hasilnya:..... rasa pun boleh la tahan.... sesapa yg teringin plak nak buat, google je resepi yg bersepah kt internet....
kalu resepi mcm kt atas ni:

ikan dibersihkan dan ditabur tepung jagung, goreng sampai garing...

bahan sos:
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 cili padi (diketuk)
2 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato/cili
2 biji tomato (didadu)
lada benggala (dadu)
nanas (dadu)
timun (dadu n buang biji)
garam, gula, cuka (secukup rasa)
air n tepung jagung
cara:
1. tumis bwg putih n cili padi dgn sedikit minyak, masukkan cili kisar, masak hingga garing.
2. masukkan sos tomato/cili, kalau terlalu pekat tambah sedikit air.
3. masukkan semua sayur dan bahan perasa.
4. setelah sayur agak masak, tambah tepung jagung yg dibancuh dgn sdikit air.
5. siram atas ikan yg digoreng garing td, hias dgn brokoli yg dicelur.

Friday, June 25, 2010

Pusat Sains Negara wilayah utara

lama dah nak wat entry ni.... tp kesibukan melanda.... saja nak share ngan sesapa yg minat dgn misteri sains n teknologi.

Satu lagi destinasi menarik untuk dikunjungi apabila bertandang ke negeri Kedah ini adalah
Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Lokasinya terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari
bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Muzium Padi. Pusat sains ini mempamerkan
kepada orang ramai berkenaan dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.
lagi satu info : MASUK ADALAH PERCUMA
(jarang sgt nak jumpa mende percuma skang ni weh!!!)

kakak Iman tgh excited main ngan lopak air simulasi.... siap ngan ikan yg lari bila kita 'usik' dia...


tayangan movie 3d pun ada.... tp nak tgk kena la pakai spek ajaib ni....

yg nampak mcm kelip2 n rama2 tu pun simulasi laser jg... tp best, nampak mcm real.... takleh nak gambarkan uols kena g sendiri.....

syauqi excited lg... kakak dah kepenatan.... after more than 2 hours kt dlm tu!!! rekod br utk budak2 ni bertahan di satu2 tpt....

Wednesday, February 17, 2010

CUTI CNY 2010

CUTI CNY thn ni kami balik 'beraya' di sitiawan, Perak. Sempat la menghabiskan masa berkenduri kendara, maklum la cuti sek yg agak panjang, mesti ada yg melangsungkan majlis perkahwinan, sehari sampai 3 buah kenduri kami jajap.... diet pun hancur.... (bila plak aku berdiet?)...

kakak n abang syauqi pun tak buat hal sepanjang misi kenduri tu, sebabnya depa suka duk kutip gula2 n bunga telur..... walaupun hari panas berdering....kami teruskan jg.... sampai rumah kenduri yg terakhir, tak lalu dah nak mkn nasi minyak.... sekadar mkn dessert je....

kepada yg melangsungkan perkahwinan, moga berbahagia ke anak cucu... dalam 3 kenduri tu ada 1 pasangan teruna dara yg dah menginjak usia 50 an.... sampai jg jodoh mereka kan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin