Wednesday, June 10, 2009

ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT..

apa kao buat ke adik kao tu......? sian adik dia...

PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.



Tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.



Antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.



renung2 kan lah... bagaimana kita menangani anak2 hari ini? adakah jalan yg paling ideal atau sebaliknya...

7 comments:

KV said...

kadang2 tercubit jugak. Huhu

MaMaMi said...

Sebut pesal nakal ni, uisssh mmg makmi berhdapan dgn masalah ni kekdg. Mcm kv, mmg tercabar juga tahap sabar, sampai juga piatan kecil...adoilaa..

jue mj said...

kv, mamami,
ju pun slalu terlepas.... payah gak menahan sabo ngan kerenah anak2 ni. sama2 la kita wat yg terbaik...

Mak Su said...

tima kasih.... memang ramai ibubapa yang pening kepala nak tangani anak2 yang nakal2 ni :)

Jie said...

tiap anak tu berbeza2....kadang2 terlepas juga....tahap kesabaran dh luput..hehe

lepas tu menyesal...kite yg nangis

jue mj said...

maksu,
mak ju kata anak2 skrang lain nakalnya.... so dia pun takleh nak komen lebih2...mmg payah nak jumpa nak yg elok tertib dgr kata mak ayah lo ni kan?

jie,
sama2 la kita wat yg terbaik....

蚵仔麵線Jeff said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin