NASI AYAM
Nasi
Beras, bawang besar/merah, Halia, bawang putih,daun pandan, (nak tambah kayu manis, bunga lawang n cengkih pun boleh)
Tumis bawang2 dgn sikit mentega/minyak, dah garing masuk beras, kacau sampai air kering, masuk daun n air rebusan ayam. Masak mcm biasa.
Ayam
½ ekor ayam
Bahan perap ayam: bwg merah 3, halia ½ inci, bwg putih 5.
Blender kering semua bhn perap, sapu kat ayam, buh garam, hilal sket. Kukus sampai masak. Dlm 20 minit kalu ayam potong kecil2. Eloknya ayam tu potong 4 je seekor. Dah masak ayam, angkat buh kicap n sos tiram sampai salut semua ayam. Pahtu goreng sat je, sampai garing....
Kicap
Lebihan kicap yg perap ayam tu buh kuah sup sikit, kalu masin n pekat sgt. Tak cukup masin, buh kicap lg....
Air cili
Cili merah 3 bj, cili padi 3 bj (nak pedas, tambah lg), bwg putih seulas, cuka 2 sudu besar, gula 2 sudu besar, garam 1 sudu kecil. (bole ejas lg pas blender...) blender ngan sikit air ataupun guna blender kering, pahtu tambah sikit air...
UNTUK SUP, buat je sup ayam biasa....
SELAMAT MENCUBA.... tak cuba rugi.... resepi makcik kantin sekolah ni.....
No comments:
Post a Comment