Saturday, June 20, 2009

PANTANG LARANG WANITA HAMIL




Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Dr bacaan ju byk lg versi pantang larang ni, ju copykan sket je. agak2 nya apalah batu ukur org dulu buat sumer pantang larang ni yek? berdasarkan pengalaman? atau apa? Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.




2 comments:

Ummi said...

jue,

kadang-kadang bile kita lihat dan baca pandang larang ini ada yang macam tak boleh di terima akal dan sebagainya

tapi kalau di fikir-fikir, ada jugak betulnya dan memang orang tua-tua itu bercakap berdasarkan pengalaman mereka :)

cikgu jue said...

ummi,
betul tu... mcmana lak kena mengena kucing, penyidai dll dgn baby dlm perut tu? musykil betul lah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin